Wednesday, May 30, 2018

Post lama UP kembali Puasa mode


Sejak kebelakangan ni perasan ada posting yang lama naik kembali di Pageview.
Mungkin ada yang search tempat best untuk berbuka. Nisa banyak buat review masa awal kahwin. Time tu banyak jemputan berbuka, itulah ambil peluang review tempat berbuka sekitar Lembah Klang.

Antara post yang boleh terjah

  1. Shell Out @ Stadium Kampung Baru - still lagi tempat favorite. Sebab Bapak rajin pergi sini.
  2. Berbuka Puasa @ Groovy Factory NU Sentral - ni dah lama dah, jadinya mungkin boleh jadi tak up-to-date.
Ohh yea semalam pun ada pergi berbuka dengan kawan-kawan. Boleh nanti Nisa share dengan semua ea. Tak kisah dimana kita nak berbuka, janji bersederhana okay? Jangan bazir taw.

Meh kongsi lagi review tempat berbuka puasa yang best. Boleh jugak nak blog-walking sekali.


Tuesday, May 29, 2018

Stokin Soka sebagai hadiah


Hi semua. Assalamualaikum. Anyeooonggg~~

Nape tiba-tiba berbahasa Korea ni? Okay macam ni.. Nisa ada kenalan di Korea - kawan kerja. Speaking Korea ke dengan diaorang? Ehh Tak adalah. Speaking English lagi, ada la sikit-sikit cakap Korea atas ajaran dan fokusnya bila tengok K-drama. Boleh sebut "Kamsamida", "Arasso" - basic perkataan.

Nak dijadikan cerita, kawan kerja lain stream datang PJ minggu lepas. Mereka pun bagi hadiah untuk kami. Facial mask, makanan la..macam-macam bagi. Murah betul rezeki diaorang, suka memberi ni. Dah mereka memberi, kita balas memberi jugak kn.. bukan selalu pun. Nisa pun mengambil kesempatan nak beri something jugak.

Fikir punya fikir apa la nak beri kat mereka. Tanya direct kat diaorang, dijawabnya taknak apa-apa. Aihhh mana boleh. Malu kot nak meminta. Kalau Nisa pun jawab taknak apa-apa walaupun dalam hati kata nak. Clishe complicated nya seorang perempuaan. Apa lagi, mulalah sel-sel berhubung untuk cari idea sambil mengaru-garu kaki yang bersarungkan stokin soka favorite pair - plain grey.

Tingg!!

"Laaaa...apa susah stokin Soka kan ada..diaorang pakai pun selesa bila time sejuk ke..dalam office ke..lain dari yang lain jugak.. ada corak-corak..stokin bukan aurat semata-mata tapi untuk keselesaan jugak.." bermonolog sorang-sorang di meja office.


"Hi...can you give this to the Output team.. Say that it is from Anisa.. Thank you.." tersipu-sipu nak bagi beg comel penuh dengan stokin Soka ni. Nervous tu macam nak jumpa buah hati pula.

Alhamdulillah tercapai hajat, bila dapat tahu stokin tu dah selamat sampai dengan diaorang semalam.
Tak kira apa jua hadiah kita nak berikan pada orang lain, yang penting ikhlas dari hati. Itu lebih bermakna. Tak perlu mahal, tak perlu terlalu exclusive tetapi cukup hadiah itu sendiri ada added value nya yang tersendiri.

Hala tuju Anisa Anuar official blog


Hi Assalamualaikum semua. Hari cuti ni Nisa nak ambil kesempatan untuk menulis di blog. Iyelah bila ada blog, perlu guna sehabis baik..betul tak?

Jadi Nisa tertanya dengan diri sendiri,

"Apa hala tuju Anisa Anuar official blog ni...??"
Nisa seriously tak ada exact plan. Ada idea, Nisa menulis. Ada ilmu yang nak disampaikan, Nisa berkongsi. Ada cerita, Nisa pun menulis. Menulis sampai viral? Tidaklah. Cukup sekadar kepuasan diri, dan orang lain dapat manfaatnya. Asah menulis pun perlu usaha lebih - tulis,tulis dan tulis..

Kagum kalau ada blogger yang ada hala tuju. Mungkin bila sampai masanya, Nisa pun jumpa hala tuju dengan blog ni.

Terima kasih pada yang masih jenguk ke blog ni. Semoga Nisa ada bagi added value pada semua. Tak banyak pun tak apa. Janji ada.

Okaylah nak menulis lagi ni. Jumpa next post taw.

gambar dar Google Image


Tuesday, May 01, 2018

Projek Photobook - Gambar 4R



Hi semua.. Dah lama nak bercerita, jadinya inilah masanya untuk ceritakannya (motif sangat nak habaq mai busy yang amat hehe)

Asalnya projek Photobook ni buat gara-gara mummy ada promo code untuk Gambar 4R ni. Dalam hati, cantiklah dapat less price. Sebenarnya code tu boleh dapat free je untuk projek Nisa buat ni. Tapi sebabkan Nisa request high quality paper - tup,tup kena la bayar. Ada la dalam RM20 lebih gitu.

Pastu nak kena buat tak berapa banyak dan tak berapa sedikit. Orang kata sedang elok untuk orang yang tak berapa rajin macam Nisa ni. Alhamdulillah tak tunggu lama pun projek yang terhasil tu dah sampai ke tangan ku.

Nak dijadikan cerita, projek Nisa ni macam 'terpanggil' untuk berbakti (as part of decoration) masa Birthday Maira, 14 April yang lepas. Cantik betul Allah susunkan aturan ni. Ada la a bit of sentiment value kat situ.


Moral of the story?

Kita mampu merancang dan buat sehabis baik, tapi Allah dah rancang far better for us.
Asal buat sekadar suka-suka & ada sebab tersendiri lepas tu yang kita sendiri tak boleh nak jangkakan.

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post