Friday, October 13, 2017

Setiap kali nampak, terus simpan


Hi semua, kali ni nak share berkaitan setiap kali nampak, terus simpan 
dan bagi Nisa ialah duit hijau RM5.

Tapi gigih ke kita nak letak tepi duit RM5 tiap kali jumpa?

 
Tak senang nak buat, cuma tanamkan dalam diri duit tu letak tepi,
buat tak tahu je. Berbaloi sangat bila tengok dalam bekas penuh dengan duit kaler hijau.
Ada orang boleh buat untuk duit kaler merah dan oren. Itu pun sangat hebat.
 
Paling best, korang tetapkan matlamat untuk apa buat saving. Bagi kita lebih bersemangat nak buat,
lama-lama akan jadi tabiat dengan sendirinya. Dah banyak tu, terus masuk kat ASB atau Tabung Haji, tempat yang susah nak keluarkan. Yang perlukan korang kena isi form, tanda tangan.
 
Kalau RM1 je boleh buat?
Teruskan. Jangan tangguh dan buat SEKARANG. Saya buatkan untuk Maira. Terutama nampak 2 keping duit seringgit, terus masuk tabung dia dan tick untuk money challenge yang saya buatkan.
 
Selamat mencuba ea korang. Nanti share pengalaman korang atau yang kenalan yang buat perkara yang sama. Terima kasih semua.
Post a Comment

Top 5 : Kenapa best online shopping?

Sekarang ini sudah tidak asing lagi untuk online shopping. Tak kira umur, jantina mahupun kawasan kita, semua orang boleh online shopping...