Sunday, October 08, 2017

Lately banyak cerita scammer...


Lately banyak betul kisah scammer. Seminggu ni je punuh newsfeed pasal ni. Bila baca dan dengar apa aktiviti scammer ni, entah la tak tercapai di akal apa motif diaorang. Apa-apa pun semoga Allah terangkan hati mereka dan dipermudahkan urusan semuanya. Nisa pun tak nak la ulas bab tu, ilmu pun tak berapa nak banyak. Cuma boleh berhati-hati je sekarang ni.

Yang post FB ni, kebetulan tengah layan cerita Now You See Me 2. Rasa macam aihhh ni kait rapat dengan kejadian kebelakangan ni. Hahaha bila tengah datang idea, gitu la gamaknya.

Ada jugak komen - PPIM. Maybe diaorang la kot horsemen, cuma tak ada la macam citer NYSM. Nisa pun tak boleh mix up realiti dengan fantasi (filem) semata-mata.

Satu je yang nak pesan untuk diri sendiri terutamanya, kalau tidak tahu kesahihan cerita jangan up kan cerita, komen yang baik-baik (doakan mereka) dan bila share tu hati-hati dengan kata-kata. Boleh makan diri nanti. Mungkin bukan sekarang, ia boleh jadi pada akan datang. Sebab Nisa dulu pun macam tu (bukan kaitan yang ni, bab lain ea...) tapi bila diri sendiri rasa..baru tahu langit tinggi rendah.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post