Saturday, October 28, 2017

Obses menulis audit diri jurnal

Hi semua. Banyak kali fikir, perlu ke share obsession yang Nisa ada ni. Nisa suka menulis jurnal lebih pada untuk audit diri. Apa yang ditulis? Nisa akan cuba tulis detail yang boleh. Emosi - apa yang Nisa rasa, apa yang berlaku dan apa Nisa fikir.

Bila Nisa baca lagi sekali, situ Nisa akan reflect balik - betul ke tindakan Nisa, perlukan second opinion, apa yang Nisa perlu betulkan untuk tak berlaku lagi. Nisa akan pastikan setiap apa yang berlaku, Nisa akan belajar darinya. Walaupun pengajaran tu datang dari oranf yang muda dan tua dari Nisa.

Ada jugak niat nak ajar orang lain buat perkara yang sama...tapi ilmu di dada seperti tidak cukup.. Ada rezeki, kekuatan akan cuba buat sehabis baik.

Penulis blog,
Anisa Anuar

Gambar tiada kaitan tapi amat bermakna buatku

Thursday, October 26, 2017

Nikmati Detik yang Berharga dengan Malaysia Airlines


 

Untuk entri kali ni, Nisa nak cerita sikit pasal our national carrier, MAS ataupun Malaysia Airlines yang menjadi pilihan rakyat Malaysia dari dulu lagi. Syarikat ini ditubuhkan bagi menyediakan satu sistem pengangkutan penerbangan awam yang cekap dan setanding dengan perkhidmatan pengangkutan penerbangan antarabangsa. Penubuhannya mampu memberikan sumbangan besar kepada perdagangan dan perusahaan pelancongan di Malaysia. Selain itu, MAS juga ditubuhkan setelah Malaysia dan Singapura membuat pengumuman bahawa mereka perlu menubuhkan syarikat penerbangan yang berasingan bagi menjaga kepentingan kedua-dua buah negara. Malaysia pada mulanya telah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan dengan menggunakan nama Malaysia Airlines Berhad (MAL), namun nama tersebut kemudian ditukar kepada Malaysian Airlines Sistem Berhad atau MAS. Lambang wau Kelantan pula telah dipilih sebagai simbol syarikat penerbangan ini kerana mempunyai unsur tradisi dan kebudayaan negara Malaysia. Bagi membuat penambahbaikkan terhadap perkhidmatan Malaysia Airlines, Syarikat penerbangan itu sedang melaksanakan langkah penstrukturan semula dengan suntikan dana RM6 bilion yang dijangka selesai dalam tempoh lima tahun. Antara lain, syarikat mengambil langkah mengurangkan kos, menyusun semula pesawat dan memperluas laluan perkhidmatan.



Pesawat Malaysia Airlines ada tiga. Pertama adalah Airbus 330-300. Kelas penerbangan adalah kelas Ekonomi dan Perniagaan. Airbus 380-800 ada kelas ekonomi, perniagaan dan kelas pertama. Dan yang terakhir  Boeing 737-800  Kelas penerbangan adalah kelas Ekonomi dan Perniagaan. Untuk penerbangan kelas ekonomi. Tempat duduk Kelas Ekonomi Malaysia Airlines terbahagi kepada dua jenis, iaitu Tempat Duduk Premium dan Tempat Duduk Standard. Tempat Duduk Premium terletak di beberapa barisan hadapan dan berdekatan dengan pintu kecemasan, manakala selebihnya merupakan Tempat Duduk Standard.



Bagi penumpang kelas perniagaan. Dengan ruang tempat duduk yang luas dan boleh dicondongkan 180 darjah dengan mudah sehingga menjadi rata sepenuhnya, penumpang Kelas Perniagaan akan menikmati perjalanan dengan keselesaan maksimum. Hiburan dalam penerbangan yang lengkap dengan filem, program siri televisyen, saluran radio, permainan dan e-pembelajaran turut disediakan kepada penumpang Kelas Perniagaan, selain keistimewaan semasa daftar masuk. Malaysia Airlines bekerjasama dengan chef profesional untuk menyediakan 25 pilihan hidangan yang boleh ditempah awal, daripada hidangan Kegemaran Malaysia dan Pilihan Chef sehingga Pilihan Ringan dan Pilihan Sihat. Pilihan hidangan ini datang dalam pelbagai menu bergantung pada laluan penerbangan. Memang terbaiklah makanan dia. Best giler makan sambil on the way ke destinasi.
 
Penumpang Kelas Pertama yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpeluang menikmati perkhidmatan ruang istirahat istimewa Malaysia Airlines. Sama seperti penumpang Kelas Perniagaan, penumpang Kelas Pertama boleh menunggu waktu memasuki pesawat dengan berehatkan diri di ruang isitirahat eksklusif, Golden Lounge. Sebaik penumpang sudah menaiki pesawat, penumpang Kelas Pertama boleh duduk dengan selesa di tempat duduk yang mempunyai ruang letak kaki yang luas serta boleh dicondongkan 180 darjah sehingga menjadi rata sepenuhnya. Untuk menambahkan keselesaan dan keseronokan penerbangan, penumpang juga boleh menikmati filem terkini, program siri televisyen, permainan dan muzik sepanjang penerbangan. Kemudahan E-pembelajaran yang lengkap dengan fungsi tapis bunyi di fon kepala masing-masing turut disediakan. Malaysia Airlines menawarkan perkhidmatan Chef-on-Call yang membolehkan penumpang memesan makanan terlebih dahulu. Perkhidmatan Chef-on-Call hanya disediakan dalam penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur, London, Sydney, Perth, Melbourne, Adelaide, Auckland, Incheon, Beijin, Shanghai, Narita, dan Kansai.



sumber google

 
Bila ke luar negara, aspek pertama yang dikaji ialah harga tiket kapal terbang. Semua pelancong cuba mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tidak tahu bagaimana. Caranya mudah je.. Pergi ke laman web Traveloka atau buka Traveloka App anda dan Isi butiran penerbangan dalam kotak carian, Pilih dan tempah penerbangan anda,seterusnya Isi maklumat penempah dan butiran penumpang dan Jelaskan bayaran melalui kaedah pilihan anda serta yang terakhir Dapatkan e-tiket Malaysia Airlines di Tempahan Saya atau dalam emel anda. E-tiket Malaysia Airlines ialah bukti tempahan penerbangan Malaysia Airlines. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Malaysia Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka. So jom book tiket MAS anda di Traveloka segera!
 



first experience naik plane dengan Maira

Monday, October 23, 2017

3 SITUASI ANDA PERLUKAN STOKIN SOKA

Hi semua. Bila dah mula pakai Stokin Soka, saya rasa mesti beritahu yang lain bila masanya sesuai kita perlukan Stokin Soka. Mungkin ada yang rasa, tak perlulah ada...tapi mari kita tengok balik..jika 3 situasi ini yang anda amat perlukan Stokin Soka.







1. Bila anda pergi bercuti di tempat yang sejuk mahupun anda menginap di hotel dalam Malaysia.
Boleh berikan kaki kita rasa 'warm' dan selesa kita untuk tidur. Kebiasaannya kita akan selubung dalam selimut berlapis-lapis kan, untuk tak rasa sejuk sangat.


2. Beriadah ataupun ke pejabat.
Pelajar boleh gunakan ketika untuk beriadah. Pekerja swasta boleh gunakan ke kerja atau bertemu klien. Anggota beruniform boleh gunakan ketika mereka berkhidmat. Sesuai untuk tujuan formal atau casual.


3. Menutup aurat.
Secara jujurnya, Nisa pun masih dalam stage consistent untuk tujuan ni. Doakan ea.
Perasaan tu datang bila tengah duduk dalam BRT, lepas tu rasa kaki tu 'macam tak berbaju'. Puas duk tarik skirt labuh nak tutupkan. Waktu tu terdetik dalam hati,
"Kenapalah tak pakai stokin soka?"


Jadi, dalam salah satu situasi ada yang korang alami? ataupun keluarga rapat alami? Jadi tak salah usha, lepas tu grab Stokin Soka. Feel sendiri dan pakai, ada banyak pattern yang kita suka.

Macam mana nak dapat?

Boleh dapatkan kawan-kawan yang ada jual Stokin Soka ni atau boleh tanya dengan Nisa. Mana la tahu sebelum ni, tak pernah nak tegur kawan kita ni tapi dengan Stokin Soka ukhwah terjalin. InsyaAllah dengan izinNya.

Boleh juga email ke znysarashop@yahoo.com

Friday, October 20, 2017

I need your help | Email Spam

 
Hi semua. Tengah buat clean up email macam biasa especially part (Spam). Sebabkan ni the only appear, jadilah satu kisah entry post untuk blog. Tajuk tu pun based on heading email yang Nisa nak attach. Kejap ea...
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Alhamdulillah X-Large pun dah cukup ni
 
Jadinya ni bukan pertama kali la dapat. Not from the same email (rasanya sebab biasanya terus delete, kali ni je print screen).
 
Okay, macam mana nak tahu ni ala-ala scam? First, yang dapat detect amount of her late husband alive deposited the sum of US$ 4,850M, million guys... like to good to be true. Kalau ada amount ni, biasanya senyap-senyap aje la kan. Second, ada mention 30 Percent of the total for your personal use while 70% will go to charity, like seriously? 100% dia tak amik langsung? Ternag-terang sangat ni.
 
 
Yang cerita dia cancer semua tu, I don't want to judge. Buatnya betul, haaa naye pulak.. Senyum plus gelak sinis Nisa dalam office, nasib boss tak tanya... dah tu, tak kan la nak cakap -
"I receive this email spam..very funny..."

Kalau korang pun terima atau pernah terima, ignore aje la ea.. Jangan sebabkan duit, korang percaya bulat-bulat. Okay lah cukup cerita petang mengopi ku hari ni.

Penulis yang sedang membersihkan emailnya,
ANISA ANUAR


Wednesday, October 18, 2017

Top 5 : Kenapa best online shopping?


Sekarang ini sudah tidak asing lagi untuk online shopping. Tak kira umur, jantina mahupun kawasan kita, semua orang boleh online shopping. Jadi Nisa nak senaraikan kenapa kita online shopping.. Jom sama-sama kita tengok, adakah kita pun sama juga.

gambar dari google

1.    Mudah untuk membeli. Kita tidak perlu cari parking, bersesak di kedai hanya untuk membeli barang yang kita mahukan. Jimat masa, ruang dan tenaga kita. Kita cuma perlu pilih, klik,klik mana yang kita nak. Letak dalam cart dan bayar. Tunggu barang-barang kita sampai terus ke rumah.

2.    Kita sudah tahu mahu beli apa dan agak susah untuk beli yang kita tidak mahu. Jika kita beli ke kedai, kemungkinan besar akan tambah item yang lain. Opppsss over-spending pulak jadinya. Betul kan?

3.    Promosi, promosi dan promosi. Kebiasaannya boleh gunakan promo code dan dapat lebih murah. Jimat, berbaloi-baloi la senang cerita. 

4.     Diskaun barangan yang kita suka. Siapa tak suka diskaun ye dak. Apa lagi, time tu banyak kita shoppingnya.

5. Dapat cashback bila kita online shopping guna ShopBack - banyak online shopping yang best dalam tu : Lazada, Zalora, HERMO, 11Street. Jadinya kita tak rugi, dapat duit balik. Contoh kita spend dalam RM100 dan dapat offer dalam 3% cashback masuk dalam akaun kita. Siapa nak bagi kan. Percent tu bergantung pada online shopping kita guna taw. Tak semua sama.

Cukup la sebab ini dulu, kalau ada nak tambah boleh aje nanti. Online shopping ada baik dan buruknya. Buruknya bila kita tak pandai kawal, sama je bila kita shopping di kedai. Berkaitan servis tu, masing-masing akan alami mungkin yang OK atau pun tidak. Apa-apa pun, kalau yang tidak biasa tu, boleh minta kawan yang biasa shopping online. 


Selamat bershopping online.

Tuesday, October 17, 2017

Malaysia Cube Open 2017

Hi semua. Weekend lepas berkesempatan dapat temankan Aslam pergi Malaysia Cube Open (MCO) 2017. Memandangkan parents pergi convocation Ameer kat UTP, jadi kakak voluenteer tolong mana boleh untuk Aslam pergi MCO.
Detail MCO 2017
Date : 14-15 October 2017
Venue : Pusat Permata Pintar, UKM
gambar dengan Felix





Dalam ramai-ramai adik, dia ni je yang minat gila-gila dengan cube. Bagi saya, it's a good thing.
Bila ada competition macam ni, dia boleh gain experience, challenge himself - beat his own best time dan dapat ramai kawan.

Jadi sepanjang process registration online, semua Nisa yang uruskan. Sebab dia sekolah asrama dan guna email kakak dia, jadi macam manager dia la jugak.
Just approval dari bapak, kalau sana kata ON kita proceed. Biasanya ON aje.

Masuk je hall tu, perghhh semua gigih solve cube..semestinya laju kalau nak dibandingkan dengan Nisa yang sehari pun tak tentu boleh solve.. dewan semua bunyi macam plastik kepak gitu..iyelah kata pun kena twistkan cube tu kan.. serious ramai betul orang waktu tu.

Lepas ni kat mana pulak?


Task seorang tutor

 
Bila dah banyak kelas ajar, mesti permulaan minggu kelas tu dah siap-siapkan bahan.
Tapi ada jugak yang tak complete lagi.
Jadi mana yang tak complete, kita akan cuba flexible kan mana yang boleh.
 
 
Tutor Nisa tak sama macam cikgu kat sekolah sana tu.
Mana yang student nak fokuskan, kita polish kasi kaw-kaw kilat.
Mana yang perlu perhatian, kita 'put them into pieces'.
 
 
Alhamdulillah ada student dari awal buat persediaan peperiksaan besar mereka.
Jadinya, tak terkejut bila tahun exam tu..sebab dah train awal-awal.
 
 
Jadi task ni akan menjadi satu rutin sebagai seorang tutor.
Weekdays jadi Data Processing, weekend jadi tutor.

 

Love my job.

Friday, October 13, 2017

Setiap kali nampak, terus simpan


Hi semua, kali ni nak share berkaitan setiap kali nampak, terus simpan 
dan bagi Nisa ialah duit hijau RM5.

Tapi gigih ke kita nak letak tepi duit RM5 tiap kali jumpa?

 
Tak senang nak buat, cuma tanamkan dalam diri duit tu letak tepi,
buat tak tahu je. Berbaloi sangat bila tengok dalam bekas penuh dengan duit kaler hijau.
Ada orang boleh buat untuk duit kaler merah dan oren. Itu pun sangat hebat.
 
Paling best, korang tetapkan matlamat untuk apa buat saving. Bagi kita lebih bersemangat nak buat,
lama-lama akan jadi tabiat dengan sendirinya. Dah banyak tu, terus masuk kat ASB atau Tabung Haji, tempat yang susah nak keluarkan. Yang perlukan korang kena isi form, tanda tangan.
 
Kalau RM1 je boleh buat?
Teruskan. Jangan tangguh dan buat SEKARANG. Saya buatkan untuk Maira. Terutama nampak 2 keping duit seringgit, terus masuk tabung dia dan tick untuk money challenge yang saya buatkan.
 
Selamat mencuba ea korang. Nanti share pengalaman korang atau yang kenalan yang buat perkara yang sama. Terima kasih semua.

Thursday, October 12, 2017

Kompilasi gambar postage team #LAminFamily


Salam semua. Alhamdulillah rezeki dapat team yang awesome. 

Jadi siapa mereka ni? 


Nisa pun tergolong dalam team yang hebat ni. 
Kami semua memberi perkhidmatan terutama pada ibu dan ayah 
untuk beri edu-toys untuk si manja mereka. 
Jadi Nisa dedikasi kan post ni, dengan gambar postage mereka tanpa mengikut susunan timeline.



stok yang ada dari admin #LAminFamily awal bulan haritu, sekarang dah macam nak susut je..




Jadi bukan Nisa buat ni sorang-sorang taw.
Alhamdulillah group ni memang supportive.

Boleh tengok instagram @znysarashop
yang Nisa handle dan insyaAllah akan beri servis tiptop pada yang membeli dari Nisa.

Ohh style Nisa suka tanya, apa yang korang nak taw..
Kalau tak ada apa yang nak, Nisa tak akan paksa apa-apa.
Once dah buat payment, terus Nisa proceed untuk postage.

InsyaAllah ada rezeki Nisa akan buat stok sendiri jugak.
Sudah mula pun, sedikit demi sedikit tapi konsisten.


Customer Nisa bukan je dari ibu&ayah taw,
ada kawan ni nak beli present untuk anak kawan dia.

Ada tu kumpul semua bawah satu postage satu tempat kerja.

Mana-mana boleh, kiranya Nisa ni tolong pada yang tak tahu nak beli apa dan
kadang-kadang tak ada masa nak pergi membeli.

Terima kasih pada yang percaya dengan servis yang Nisa dan @znysarashop berikan.

Semoga semuanya mendapat manfaat. InsyaAllah.

Monday, October 09, 2017

Ibu Maira's Diary : No gadget at dining table


Hi semua. Kali ni nak cerita pasal ni, based on experience sendiri. Tergerak hati nak menulis bila ada yang share pasal gadget dengan anak-anak. Yang ni memang kena tegas sikit dari kecil. Tak mudah tapi kena konsisten train.

Jadinya ada satu benda yang pasti bagi kami - No gadget at dining table. Alhamdulillah Maira kalau makan mesti ada semua orang baru makan. Doa sama-sama. Gajet memang dah siap letak tepi. Bagi kami disini la buat lebih erat. Ibu suap anak, anak suap ibu (ayah pun join jugak).

Bagi Maira makan sendiri jugak kadang-kadang. Nak develop motor skill dia. Kenal makanan. Surprisingly dia suka makan timun dan tomato. Platemat membantu, ibu dia tak perlu risau bab baling-baling pinggan. Tapi still kena pantau. Maira kalau kita tak control intake makanan dia..non-stop masukkan makanan tu selagi boleh. Macam perangai ibu dia pulak.

InsyaAllah akan konsisten. Jadinya perkara baik elok dikongsi bersama.

Wallahualam.

Sunday, October 08, 2017

Lately banyak cerita scammer...


Lately banyak betul kisah scammer. Seminggu ni je punuh newsfeed pasal ni. Bila baca dan dengar apa aktiviti scammer ni, entah la tak tercapai di akal apa motif diaorang. Apa-apa pun semoga Allah terangkan hati mereka dan dipermudahkan urusan semuanya. Nisa pun tak nak la ulas bab tu, ilmu pun tak berapa nak banyak. Cuma boleh berhati-hati je sekarang ni.

Yang post FB ni, kebetulan tengah layan cerita Now You See Me 2. Rasa macam aihhh ni kait rapat dengan kejadian kebelakangan ni. Hahaha bila tengah datang idea, gitu la gamaknya.

Ada jugak komen - PPIM. Maybe diaorang la kot horsemen, cuma tak ada la macam citer NYSM. Nisa pun tak boleh mix up realiti dengan fantasi (filem) semata-mata.

Satu je yang nak pesan untuk diri sendiri terutamanya, kalau tidak tahu kesahihan cerita jangan up kan cerita, komen yang baik-baik (doakan mereka) dan bila share tu hati-hati dengan kata-kata. Boleh makan diri nanti. Mungkin bukan sekarang, ia boleh jadi pada akan datang. Sebab Nisa dulu pun macam tu (bukan kaitan yang ni, bab lain ea...) tapi bila diri sendiri rasa..baru tahu langit tinggi rendah.

Wallahualam.

Makan @ Campur Campur Kitchen DPULZE Cyberjaya


Salam semua. Post kali ni Nisa nak ceritakan salah satu kedai makan yang kami sekeluarga makan di DPulze Shopping Centre. Pada asalnya, kami hanya redah sahaja. Iyelah first time jejak ke situ walaupun tak jauh mana pun dari rumah kami. Lunch kali ni dipilih gara-gara Maira nampak ada board tulis "Free Salad" bukan sebab dia makan salad tu, tapi dalam gambar tu ada timun. Favorite Maira tu. Jadi terus kami cari tempat duduk dan pilih menu untuk order.

Bila bab order, huihhh jadi rambang mata la korang. Banyak sangat. Jadi dalam 5 minit jugak nak bincang makan apa.

Pada pandangan Nisa, makanan sedap sangat...mungkin korang rasa ye ke sedap... tapi serious sedap. Butter chicken not too sour or spicy. Ayam dah tersedia banyak, nasi pun banyak jugak. Serious kenyang. Hahaha okay banyak na serious.. Masa tengok tu, baca balik betul ke harga ni..? Selalunya harga RM20 lebih...untuk kedai makan kat shopping mall.

Ohh minuman pulak beli 1 aje. Sebab BESAR, itu pun dah kongsi tak habis jugak. Harga pun not bad, sesuai dengan saiznya. Ingat tak tadi, ada mention Free Salad kan.. Itu pun mesti la kami grab jugak. Dah la free tak ada limit berapa kali boleh isi.

Nak rate kan kedai ni? Bagi 4 out of 5.

Ayam Bakar Rice (makanan pilihan husband)
Harga : RM14.06

Butter Chicken Rice (makanan pilihan saya)
Harga : RM15.00


Sirap Limau
Harga : RM5.57
P/s : Post ini berdasarkan pengalaman saya. Jika peristiwa buat anda berbeza, mohon tidak dikecam ea. Terima kasih.

Ibu Maira's Dairy : Mainannya dimana-mana

Hi semua. Cerita kali ni Nisa nak cerita pasal mainan Maira yang ada dimana-mana je. Depan TV, bilik tidur, bilik mandi pun kadang-kadang a...

Cerita Panas Blog Minggu Ini