Friday, July 07, 2017

Belajar Kelas Kenal Abjad Bahasa Korea


Assalamualaikum dan hi semuanya.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk belajar kelas kenal abjad Bahasa Korea. Kenapa nak kenal abjad? Bukan nya percakapan harian yang macam dalam drama korea tu.. Itu sebab kan kerana kerja yang melibatkan bahasa korea. Jadinya bukan lah nak kena translate, cuma perlu faham je.. Ada basic pun jadi lah. 

Ada 14 konsonan dan 10 vowel. Nampak lebih sedikit dari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris tapi kena berlatih jugak untuk bagi mahir. Mana ada orang terer bahasa dalam sehari kn. Bagi Nisa karakter abjad bahasa korea nampak catchy. Ada yang nampak macam orang lidi pun ada. Jakun sekejap jadinya.

Apa lagi Nisa dapat? Tulis nama sendiri dengan apa yang dah belajar hihi.. Hasil tulisan dalam nervous cuba jugak confident. Feel great about it and I feel blessed. 

Kamsahamida.


Post a Comment

Platemat pinggan untuk kanak-kanak

  Hi semua. Pernah tak korang mengalami,  susah nak bagi si kecik kita makan sebabkan dia nak campak pinggan dia ke bawah? Boleh jadi...