Friday, March 31, 2017

Mula terapkan baca storybook


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi dapat saya memegang peranan sebagai ibu muda. Masih lagi stage belajar dan memperbaiki untuk anak yang tercinta, Maira Arissa. Lagi beberapa hari, Maira akan cukup setahun dan dia pun sudah ada macam-macam ragam. Yang paling buat saya suka bila dia minta saya bacakan buku. Ada juga beli beberapa buah buku untuk dia. Semua yang bersesuaian untuk Maira. Softbook, Busybook, semua book yang Cik Su ada (makcik kepada Maira a.k.a adik Nisa) semua dah bacakan. Ada jugak beli buku waterproof yang Nisa belikan kat Big Bad Wolf. Sambil mandi kat bath tub dia, bacakan dia story book. Siap mintak baca lagi. Untuk anakku tersayang, memang layankan.

Kusyuk layan buku Mengenal Nabi
Nisa campur-campurkan ada buku English, ada juga buku Bahasa Malaysia. Kalau boleh macam-macam bahasa pun nak diajar..tapi biar Maira yang nak belajar. Orang kata, inilah masa yang sesuai untuk ajar anak-anak kita. Semestinya ibu-ibu yang lain pun mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?

Sayang Maira Arissa. Semoga menjadi anak yang suka belajar benda baru. I will support whatever you want to do after this.

1 comment:

  1. Alhamdulillah bagus la macam tu terapkan anak mencintai ilmu sejak kecil. Jangan terlalu expose anak-anak dengan gajet.

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post