Sunday, October 09, 2016

Warkah dari seorang ibu : Kepada perokok sekalian

Assalamualaikum dan salam buat semua. Warkah pendek ini dari luahan hati saya sendiri sebagai seorang ibu dan ditujukan kepada abang - abang Atau adik-adik Atau pakcik semua yang hisap rokok.

Nak mintak tolong sangat-sangat jangan merokok depan baby kecil. Nisa pergi makan kedai mamak yang selalu jadinya situasi Nisa kena tegur diaorang secara direct plus tebal muka kalah make up muka Pelakon opera cina tu. Dulu boleh buat-buat tak kisah tapi not now. Macam mana Nisa tegur?

"ermmm.. Abang.. Boleh rokok jauh sikit.. Ada baby kecik Kat sini" (sambil tunjuk Maira)

Of course ada banyak reaction. Ada yang cepat-cepat mintak Maaf,  Ada yang buat muka as if kenapa la makan sini kalau taw bawak baby, Ada yang Tukar tempat dengan awek dia dan ada jugak selamba rokok jugak. Awal-awal sentap jugak dapat reaction macam tu, sekarang dah tak kisah.

At first sebelum pergi makan, memang akan tengok suasana kedai. Kalau hampir 60% smoking dan tak ada sedikit ruang yang bebas dari asap kami akan korbankan pergi tempat lain walaupun tak berapa suka tempat tu. Nisa jenis bila dah suka tempat tu memang akan setia dengan choice tu. Last option, makan di rumah. At least nak jugak makan kat luar. Nak buat macam mana kalau orang tak faham situasi kita.
Pernah jugak kami yang makan di open area Dan smoker makan dalam kedai, terpaksa. Dunia dah terbalik Atau kita dah tak ada common sense.

Tu je nak mintak.. Tolong ada rasa hormat family yang ada Anak kecik. Kalau family Dia sendiri smoking tu, dah out of context. Nisa tak nak ulas bab ni. Warkah ni bernadakan tegas supaya mesej sampai. Cuma Nanti bila situasi Nisa alami ni terjadi pada korang, jangan tanya napa orang tu tak boleh nak faham.. Sebab suatu ketika dahulu,  kita pernah buat benda yang sama.

Okay la taknak berceloteh panjang tapi nak mintak panjang kan mesej yang nak disampaikan ni ea. Terima kasih. Nisa doakan kepada yang ubahkan perkara ni jadi lebih baik, orang itu akan bertambah rezeki dan hidupnya diberkati.

Daripada ibu yang perihatin,
Ibu Maira

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post