Wednesday, October 19, 2016

Khimar TheBungaa

Hajat nak pakai khimar akhirnya tercapai apabila Nisa sendiri Sampaikan perasaan terpendam dengan owner TheBungaa.

Mulanya scroll instagram tengok ramai ceritakan pasal khimar. Sekali pandang memang dah jatuh cinta. Love at first sight. Lepas tu Ada bagi hint pada encik husband,

"Cantikkan khimar ni u.. Kalau I pakai cantik tak.. "

"Apa yang u pakai cantik di mata i"
Macam tu Ayat Dia lebih kurang. Terus berbunga hati ni bila dengar.
Boleh katakan tiap hari tengok khimar.. Nak sangat tapi ada benda lagi penting, terus abaikan je dan cakap pada diri sambil berdoa, "Ada rezeki ni Nisa akan pakai jugak khimar ni... "

Alhamdulillah rezeki Dari Allah dapat khimar yang diidam-idamkan. Rasa Sayang nak pakai pulak...sebab cantik.
Dan Nisa pilih Hari Ahad baru ni masa meeting untuk next project dengan pakaikan khimar TheBungaa.

Siap macam biasa, tiba-tiba encik husband pandang semacam. Terus buat-buat sibuk siapkan barang anak. Terkeluar dari mulut dia,
"Sayang...nampak cantik sangat pakai khimar ni... "

Memang tersipu la.. Ingatkan nak cakap apa, muka comot ke apa ke.. "Thank you... " tu je mampu cakap sebab speechless..

Sampai meeting, antara yang perasaan (selain Maira, baby girl ku yang berusia 6 bulan tu) Ada yang tegur khimar tu.
"Cantik design yang ni... Comel pakai.. "
Nak tulis bab puji ni memang tak pandai tapi tu yang nyata..

Paling obvious, bila Maira nak tidur. Selalunya dia akan meronta nak pusing kepala sebab tudung Nisa pakai macam menganggu tapi lain pulak ceritanya bila dengan khimar ni. Letak je, terus lelap dan nak bagi dia susu pun tak perlu nak risau bab covered.

Boleh cari di instagram @TheBungaa untuk tengok sendiri design khimar yang ada. Ohhhh Nisa kasi payung sikit gambar Nisa pakai khimar.

1 comment:

  1. Cantik Khimar nya..
    Tapikan.. kak sha berkenan dengan jubah tu.. hehehe..

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post