Sunday, February 21, 2016

Charity For Beauty 3.0


Charity For Beauty (CFB) 3.0 kali ni diadakan di Taman Layan-Layang, Kepong pada hari Sabtu yang lalu. Untuk CFB 2.0, saya melibatkan diri sebagai volunteer yang sama-sama memeriahkannya. Kali ni ambil challenge untuk jadi sebahagian dari pihak penganjur, Millionaire Mentor Group (MMG) - sekumpulan belia yang bergerak aktif dalam keusahawanan & aktiviti dekatkan dengan sosial.

Objektif CFB adalah memberi awareness kepada warga kota terutama di sekitar Lembah Klang betapa penting meluangkan masa fokus untuk sihat, disamping meluangkan masa dengan orang yang tersayang. Ramai yang terlepas pandang untuk kekal sihat boleh juga dibuat dengan santai tambah luangkan masa sebaiknya dengan anak-anak & kawan-kawan.
Turut memeriahkan CFB, Syuk dari program Maharaja Lawak Mega yang berkunjung di CFB 3.0 kali ni. Sporting Syuk sama-sama support CFB 3.0.


Bergambar dengan Syuk MLM

Orang ramai di sekitar merasakan keajaiban teh hijau Yerba Mate dengan direct beli Yerba Mate dan sebahagian dari pembelian akan disalurkan ke charity yang terpilih. Ada juga sudah mencuba time CFB 2.0, datang memberi support untuk CFB 3.0.

Diharapkan initiatif Menderma untuk Cantik akan memberi kesedaran dan sokongan dari ramai pihak bukan sahaja untuk kelihatan cantik tapi untuk memberi manfaat kepada orang lain. Thumbs up kepada organizer Millionaire Mentor Group. Dengarnya ada lagi akan datang, kat mana pulak lepas ni? Jom sama-sama,be a part of this awesome team!!!

Credit picture from : Facebook page Journey To Beautiful Skin

Salah satu booth yang ada disana

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post