Saturday, July 27, 2013

When Dad give rules for dating


Every dad's in this world want the best for his daughter. So, they give simple rules and they "wearing" it..to keep remind of those guy who want his daughter.


When I said they "wearing" it...I do mean it guys. Tips for the guys out there...most of girls which including me...really want my future soul-mate like their own father. In what way? caring, protective something like that..if you know what I mean..

When dad's wear like this kind of clothes..don't say that they did not warn you..hey, you guys might do the same thing if you have daughter too, right? Date your lady like you want the best for daughter to have (someday)


 p/s : dad really what best for his daughter...that's for sure..

Blogging hanya hujung minggu


Hai semua.. Tajuk yang simple je. Cukup untuk post mengenai diri sendiri. Jadi hanya hujung minggu saje dapat blogging dan blog-walking sikit-sikit. Tu je kesempatan yang ada tapi memadai la dengan keadaan sekarang ni. Tipu la tak rindu nak blogging...tapi apa kan daya.. alahai bersyahdu pulak dalam post kali ni.

Saya nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada yang singgah ke blog saya ni.. Walaupun tidak apa yang begitu menarik tapi masih ada yang menyinggahnya. Kalau tak sebabkan kamu semua, tak hidup la blog ni..

Bagi la update sikit pasal yea... So far minggu kedua berkerja..okay la...tapi nak kena keep up dengan yang lain tu...nak nak bulan puasa ni...temptation nak tidur (alamak, kantoi asyik terlelap time kerja) tu memang la tinggi.. The whole department orang cina so, time mereka pergi lunch..saya teruskan kerja supaya boleh balik awal sikit. Stress kerja tu dah mula nak masuk gear 1... kerja sebagai apa? lebih kurang compute data pastu analysiskan data tu..so, memang apa yang belajar kat zaman universiti tu ada la membantu sikit. Aah kerja area insurans...tapi tak la involve sangat dengan jual insurans tu..

Tu je la...kalau ada kesempatan saya singgah la mana-mana blog yea.. nak aktif macam dulu..macam susah..kalau ada tag ke atau ajak join segmen tu..tu la hehehe tak boleh nak jangka sangat..


Sunday, July 21, 2013

Anisa's Corner Facebook Fan Page


hey semua.. kepada yang follow facebook fan page untuk blog ni tahu kewujudan page ni.
Tujuan lebih tertumpu kepada silent reader yang tiada blog dan lebih menjurus kepada rakan realiti saya.
Tengok follower pun,okay la..memang tak nak ramai-ramai pun. Bukan retis pun. Cerita pun pasal perkembangan diri+ post yang ting tong..

banyak share kan post blog ni kat facebook fan page ni.. ada yang nak like jugak? Boleh aje.. Anisa's Corner Facebook fanpage

kepada rakan blogger,nak ajak saya join segmen ke..GA ke..letak aje link kat facebook fanpage saya tu..insya-Allah ada kesempatan saya join aje..
kalau ada request nak saya promote business / fanpage / blog apa aje...boleh je request..berbesar hati nak jadi sebahagian promote pasal kawan-kawan semua...



Saturday, July 20, 2013

'Car Fresher' semula jadi | lawak


Post kali ni berunsur lawak yang tiada ada kena-mengena dengan siapa-siapa. Post yang lebih kepada berunsur santai sahaja.


Ini baru betul car fresher hehehe.. tak ada la bentuk macam pokok tu bak kata saya la tak ada ummphh baunya.. agak-agak ada ke nak naik kereta bau durian cengini.. alahai, baik makan aje kang dah busuk...mak aihhhh baunya..menusuk kalbu..

ohhh haa...cuba la bayangkan tengah bawak kereta jalan lak tak berapa elok...pastu terjatuh lak durian tu atas kita...bahaya dik oiii...durian tu..okay durian.. durian tu ibarat bom taw..


Kini sudah bekerja



Hey semua... Ingat tak hari tu ada citer pasal Interview ... syukur alhamdulillah, lepas je interview terus dipanggil untuk berkerja.. Mula berkerja minggu ni hari isnin yang lalu, 15 Julai 2013.
Kerja kat mana?? Company Tokio Marine. aah berkaitan insurans..maybe ada yang familiar..

Belum permanent lagi la.. ada percubaan dalam 6 bulan, baru la nanti tukar status permanent pulak..Boleh dikatakan kerja ni dapat memang berkaitan dengan course masa belajar kat UiTM dulu..

Sebelum kerja kat sini, sebulan saya kerja kat kedai topup area rumah je.. Best la kerja situ. Pada pandangan saya, tak kisah dari mana kita nak bermula tapi kita yang kena mula bertindak. Dah dapat peluang, jangan lepaskan..

Sebenarnya nak jugak share berita baik ni kat facebook. Tapi bagi mengelak ada yang beranggapan saya show-off dan memahami kawan-kawan yang belum ada rezeki dapat kerja, saya batalkan saja niat tu. Hanya kongsikan berita gembira kepada kawan yang rapat.

Saya dah berada peringkat seterusnya selepas digelar graduan UiTM. I need to catch up with the environment,yang saya pasti bukan perkara mudah dan banyak kena lalui..
Kepada yang masih mencari kerja atau baru je macam saya ni, saya belajar sesuatu...kita tak boleh nak memilih sangat nak berkerja. Saya berharap dapat menyumbang sesuatu walaupun tak pasti mampu menyumbang pada masyarat tapi cukup la dapat menyumbang pada diri sendiri dan keluarga.

p/s : kagum dengan orang-orang KL yang gagah menempuh trafik hari-hari...sungguh ni..

Cerita Si Pemandu Teksi


Setelah sekian lama...akhirnya dapat update blog...rindu wooo ~~
Apa cerita pulak kali ini...Semuanya bermula semasa nak pergi interview kerja tempoh hari.. Sebab tak berapa familiar dengan jalan di Kuala Lumpur, teksi adalah jalan terakhir untuk tiba disana..
Sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju dapat la advice yang menarik. Mungkin terlalu jelas terpancar dari muka ni tak biasa dengan KL..

"Adik, kalau dah duduk kat KL ni...pandai cari kawan. Kawan makan kawan tu banyak. KL ni kebanyakkannya rosak dah.." 

saya angguk tanda paham apa dikatakan oleh si pemandu teksi tu.

Situasi seterusnya dalam teksi jugak cuma lain pemandunya,destinasi yang sama ditujui..

Sedang saya tengah memegang dompet di tangan,terus si pemandu teksi menegur ku

"Adik, lain kali jangan pegang dompet macam tu yea..."
cepat-cepat masukkan dompet dalam beg.. "kenapa pulak.." tanya saya dengan penuh hairan.

"Bukan apa...sekarang orang dah tak baik macam dulu..Pegang nasi lemak kat tangan pun orang boleh kebas...apatah lagi dompet penuh dengan duit tu.."

Terima kasih kepada pemandu-pemandu teksi yang bantu saya dalam memudahkan urusan saya disana..
Nasihat ada saja yang diberi... Nampak sangat datang dari kampung, banyak asam garam dunia tak diterokai..



Saturday, July 13, 2013

Bila superbike bermahajarelela | ting-tong version


Post ni tidak ada kena-mengena antara hidup ataupun mati. Hanya cerita gambar lawak sahaja..


korang ada ke macam ni?? superbike tu...tak kan nak letak kat luar je...kang tak pasal kena rembat, boleh menangis tak berlagu.. yang best tu..owner kedai tu pun rilek semacam je..hey bro,there's a bike in your shop...are you aware of that??
agak apa la owner tu pikir.. "tak apa, janji customer ada...dah lama sangat sorang-sorang dalam kedai ni..."
tak pun "aku pun pernah buat macam ni...ada jugak yang mengikut.."

agak-agak ada tak yang berani nak buat macam ni? kang ada lak mengikut cara mamat sorang ni...
sekadar cerita yang ringan untuk semua beimaginasi.. Just...don't try this at home..

Beli Tag nama untuk Runningman


Lama rasanya tak update kat blog ni... Nak lepaskan rindu kejap eh kawan-kawanku..hahaha~~
okay..ni nak cerita pasal tag nama Runningman. Harapan adik saya untuk memiliki tag nama ala Runningman tu saya tolong penuhi.. yalah disebabkan saya jugak adik saya tu jadi addicted melayannya. Kami asyik bergurau senda mencabut 'nama' dibelakang badan kami tu.. Saya tak kisah sebab saya selalu join sama..


Nampak awesome kan.. memang pun.. dalam Runningman macam senang je mereka tu cabutkan tag nama tu kan...tapi setelah diri sendiri mencuba..memang bukan senang nak cabutnya..

Beli secara online Facebook Running Man Shop penuh dengan T-Shirt, Tag nama, Topi, Jaket.
Boleh dikatakan beli tag nama ni sebagai testing membelinya..sebab yang pasti akan membeli lagi..sebab adik kecik sorang tu,Atiya pun nak jugak.. Boleh la beli baju pulak ke hehehe~~

Apa kata korang beli jugak, main dengan adik-beradik korang...hahaha..lain pulak kerjanya nanti bila mak panggil suruh tolong..cakap tengah sibuk nak main cabut nama..



Ibu Maira's Dairy : Mainannya dimana-mana

Hi semua. Cerita kali ni Nisa nak cerita pasal mainan Maira yang ada dimana-mana je. Depan TV, bilik tidur, bilik mandi pun kadang-kadang a...

Cerita Panas Blog Minggu Ini