Tuesday, May 01, 2018

Projek Photobook - Gambar 4R



Hi semua.. Dah lama nak bercerita, jadinya inilah masanya untuk ceritakannya (motif sangat nak habaq mai busy yang amat hehe)

Asalnya projek Photobook ni buat gara-gara mummy ada promo code untuk Gambar 4R ni. Dalam hati, cantiklah dapat less price. Sebenarnya code tu boleh dapat free je untuk projek Nisa buat ni. Tapi sebabkan Nisa request high quality paper - tup,tup kena la bayar. Ada la dalam RM20 lebih gitu.

Pastu nak kena buat tak berapa banyak dan tak berapa sedikit. Orang kata sedang elok untuk orang yang tak berapa rajin macam Nisa ni. Alhamdulillah tak tunggu lama pun projek yang terhasil tu dah sampai ke tangan ku.

Nak dijadikan cerita, projek Nisa ni macam 'terpanggil' untuk berbakti (as part of decoration) masa Birthday Maira, 14 April yang lepas. Cantik betul Allah susunkan aturan ni. Ada la a bit of sentiment value kat situ.


Moral of the story?

Kita mampu merancang dan buat sehabis baik, tapi Allah dah rancang far better for us.
Asal buat sekadar suka-suka & ada sebab tersendiri lepas tu yang kita sendiri tak boleh nak jangkakan.

Saturday, March 31, 2018

Ehh Jangan buang resit tu

Hi semua. Kali ni nak share kan ruginya buang dengan resit yang korang dapat di kaunter atau untuk setiap pembelian. Especially resit dari KFC. Kalau perasan kat bawah resit tu, ada nyatakan pasal feedback.

Senang je, pergi je ke www.kfc.com.my/feedback lepas tu follow je step by step dalam tu. Yang pentig kena ada resit tu, ada info diperlukan dalam resit tu.
Jawab survey yang ada. Semua senang je nak jawab. Tak susah mana pun. Jujur selagi boleh. Tak puas hati dengan servis ke, ini lah masanya untuk bersuara.

Dah habis jawab, korang akan dapat validation code (Kod pengesahan) lepas tu salin letak kat resit tadi tu. Kena censored kn tu...nanti korang amik kui,kuiii...


Apa korang dapat? Purcase ala carte 3pcs chicken (original or spicy) at 10% discount. Ehh hokay sangaat la ni..syukur dapat discount tu... ohh lepas tu ada syarat taw. Syarat ni sah dalam 30 hari dari tarikh kita pergi. Pandaikan diaorang nak suruh kita datang lagi. Strategi tu penting..

p/s : posting ini tidak berbayar taw. rasa je nak share, rugi pulak kalau korang main buang je resit tu.

Kalau korang takmo, meh la bagi kat Nisa..boleh jugak buat belanje adik-adik yang teringin gila nak makan ayam KFC.

Nyesal tak gi buang resit haritu? Nasib la labuuuu

Tuesday, February 20, 2018

Kalau la boleh..

Sejak kebelakangan ni aktifkan diri dalam Google+ page kat office ni. Sebab office tak ada FB jadinya kita ber-networking dalam tu.

Berkenalan dan balas komen member around the globe. Seronok dengar update progress projek masing-masing.

Tak lupa juga share knowledge. Serious tak lokek ilmu. Nisa pun tak time nak sedut ilmu yang ada. Maklumlah otak memori CPU ku dah lama tak upgrade hehe..faktor usia mungkin.
Apa-apa pun bak kata bapak "Slowly but surely.."

Nisa pun ditugaskan untuk manage Google+ page. Kiranya tukang approve orang nak join group, any announcement or memeriahkan page tu kiranya my part of the job. Suka buat, sebab dekat sangat dengan diri ni.

Jadi kalau la boleh

Masukkan semua task-task ni update KPI nanti, aci tak? Korang rasa?

Projek Photobook - Gambar 4R

Hi semua.. Dah lama nak bercerita, jadinya inilah masanya untuk ceritakannya (motif sangat nak habaq mai busy yang amat hehe) Asal...

Cerita Panas Blog Minggu Ini